Isu Semasa

Makin Lama Lockdown… Makin Tinggi Kes…

Bila negara lebih berjaya mengawal Covid tahun lepas dengan PKP 1.0, kerajaan PN kata sistem kesihatan dan hospital Malaysia adalah antara terbaik di dunia.

Tetapi apabila pengawalan Covid Malaysia menjadi kelam kabut dan parah, PM8 pula kata semalam:

“Sememangnya kita telah menderita bertahun-tahun, kurang pelaburan di dalam sistem kesihatan awam yang kerajaan ini cuba perbetulkan sekarang. Saya tidak menyalahkan pentadbiran sebelum ini, tapi hakikatnya kita tidak memberikan perhatian lebih mendalam kepada isu penjagaan kesihatan kita dan kemudahan hospital.

Cantik hospital tetapi tak cukup katil, tak cukup alat-alat ICU, tak cukup ventilator, tak cukup oksigen. Semua tak cukup sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah kita. Ini realiti, kita tidak boleh nafikan.”

Tapi apa kebenarannya?

Kebenarannya ialah kerajaan PN buat lockdown separuh masak berulang kali sehingga Malaysia menjadi satu-satunya negara di mana makin lama kita lockdown, makin tinggi kes Covid.

Kebenarannya ialah kerajaan PN melakukan kecuaian jenayah dengan menunggu kapasiti ICU cecah 104% pada 25 Mei sebelum mengumumkan Total Lockdown pada 1 Jun. Tapi menipu pula dengan “total” selepas lebih 129,000 peniagaan dan 1,200 tapak pembinaan dibenar beroperasi dalam “total lockdown”

Kebenarannya ialah Malaysia kini adalah negara PALING TINGGI dalam dunia bagi kes baharu Covid dan kematian Covid bebanding saiz penduduk.

NOMBOR SATU DALAM DUNIA.

Jika tak mengambil kira saiz penduduk, kita tetap top 10 dalam dunia.

Kebenarannya ialah kadar kes Covid Malaysia adalah lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding purata dunia dan Asia.

Kebenarannya ialah sebelum PRU14 dan selepas, Malaysia berkali-kali diisytihar mempunyai sistem kesihatan antara terbaik dalam dunia.

Sekiranya keadaan Covid Malaysia sudah paling tinggi per kapita dalam dunia, top 10 dalam dunia tanpa mengira faktor saiz penduduk, juara ASEAN dan Asia dan kes baharu adalah lebih 10 kali ganda per kapita berbanding purata dunia dan Asia bagi tempoh berbulan-bulan lamanya, apa lagi nak dikato?

Mana mungkin sistem kesihatan sedia ada mampu bertahan?

Pemimpin negara-negara lain mengaku gagal, memohon maaf dan meletak jawatan bila mereka gagal mengawal covid dan ekonomi.

Tapi pemimpin negara kita menipu rakyat dan menyalahkan sistem kesihatan pula apabila gagal.

NAJIB RAZAK