Aktiviti & Komuniti

Demi Warga Putrajaya: Sumbangan Ahli Parlimen Berterusan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menggerakkan usaha memastikan barangan bantuan prihatin bagi meringankan beban mereka yang terkesan COVID-19 terus berjalan.

Melalui Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen tersebut, agihan dijalankan secara berperingkat mengikut kawasan dengan keutamaan kepada mereka yang menjalani kuarantin di rumah akibat pandemic COVID-19.
Antara barangan yang diagihkan kepada masyarakat ialah makanan keperluan asas iaitu beras, minyak, telur, milo, teh, kopi, tepung dan beberapa barangan lain.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat meringankan beban perbelanjaan di samping sebagai sokongan moral bahawa mereka tidak bersendirian dalam mengharungi kesulitan.

Dilaporkan, Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini mencatat sebanyak 122 kes positif COVID-19 iaitu kes harian tertinggi pernah direkodkan di sini.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi untuk dua hari berturut-turut sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 207 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, selepas angka yang sama dicatat semalam. – UMNO Putrajaya