Aktiviti & Komuniti

Sokongan Berterusan, Frontliners Jabatan Kecemasan Hospital Tidak Dilupakan

PUTRAJAYA – Kebajikan dan keperluan golongan barisan hadapan sentiasa menjadi perhatian Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam menghadapi cabaran memerangi pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abd Rahaman merangkap Ketua Wanita UMNO Putrajaya, sumbangan telah dihulurkan buat mereka.


Kali ini, Puan Husna bersama AJK Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya telah mewakili Datuk Seri Tengku Adnan menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Lebih bermakna, sumbangan ini bukan hanya untuk mereka yang bertugas di sini tetapi juga turut diberikan kepada para pesakit yang ada di sini untuk mendapatkan rawatan.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan dapat menjadi pembakar semangat dan tanda sokongan kepada para petugas barisan hadapan yang tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab demi kesihatan warga Putrajaya.

Juga kepada mereka yang dilanda keuzuran dan terjejas kesihatan akibat COVID-19, semoga akan diberikan kesembuhan dan kembali bersama demi kesejahteraan komuniti Putrajaya. – UMNOPutrajaya