Aktiviti & Komuniti

Kempen ‘Beautiful Precint 12’ Pastikan Tempat Tinggal Kekal Bersih

PUTRAJAYA – Komuniti Putrajaya sepakat memastikan tempat tinggal dan kawasan persekitaran kekal bersih sebagai usaha bagi mengelakkan berlakunya wabak denggi di sini.

Bagi penduduk di Presint 12, mereka telah melancarkan Kempen ‘Beautiful Precint 12’ yang disempurnakan secara maya oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini.

Kempen ‘Beautiful Precint 12’ merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan oleh PPP12P bagi menjadikan kawasan Presint 12 indah dan bersih dari segala vektor membawa penyakit.

Buat julung kali program ini akan diadakan dalam talian manakala aktiviti pembersihan difokuskan pada kawasan rumah masing-masing.

Sehubungan itu, satu pasukan khas dibentuk untuk membersihkan kawasan rumah yang masih belum didiami pada masa kini. – UMNOPutrajaya