Rakyat Jadi Keutamaan, UMNO Putrajaya Terus Fokus Salur Bantuan
PUTRAJAYA – Keadaan negara masih belum pulih sama ada dalam mendepani krisis kesihatan lantaran berdepan dengan pandemik COVID-19 yang masih menular, juga krisis ekonomi dengan pelbagai kepincangan yang memberi kesan langsung kepada rakyat hinggalah kepada krisis politik yang dikatakan ‘panas’.
Namun demikian, hal ini berbeza dengan UMNO Bahagian Putrajaya lantaran Ahli Parlimennya terus fokus kepada usaha memastikan saluran bantuan untuk rakyat dilaksana saban hari. Seakan tidak terkesan dengan pelbagai krisis yang berlaku, saluran barangan digerakkan meliputi semua peringkat.
Sememangnya, kepimpinan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor amat dirasai oleh komuniti setempat sebagaimana hasratnya untuk melihat semua warga Putrajaya berada dalam keadaan terbela walaupun suasana sekeliling sebaliknya.
Hal ini direalitikan dengan gerak kerja berterisan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya yang menyalurkan barangan keperluan asas bagi diagihkan kepada para penduduk tempatan terutamanya mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Bagi Mahather Amzah, warga Putrajaya amat bertuah kerana memiliki pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat.
“Tak silap Parlimen Putrajaya buat pilihan dan dimiliki oleh insan seperti ini untuk berkhidmat kepada penduduk dan pengundi,” katanya.
Dalam hal ini, Nadia Al Zahra menzahirkan kesyukuran atas keprihatinan pemimpin tempatan.
“Alhamdulillah … teruskan membantu rakyat dan pedulikan mulut serta hati mana-mana pihak yang berniat jahat atau melemparkan apa-apa tuduhan,” ujarnya.
Mengambil contoh kepimpinan Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai ‘ketua kampung’ Ahm Nasir menganggap bahawa beliau layak untuk menjadi contoh kepada pemimpon lain.
“Moga Datuk Seri jadi model kepada mereka yang berkemampuan dalam hal peduli sesama insan.”
Antara barangan asas yang diagihkan dalam sumbangan hasil idea Tengku Adnan ialah beras, telur, minyak, tepung, susu, gula, biskut dan beberapa barangan lain yang tentunya akan dapat membantu meringankan beban bagi mengisi keperluan dapur rumah. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.