Isu Semasa

Paradigma Politik Baharu

1.Persefahaman dan kenyataan bersama antara Perdana Menteri dengan kepimpinan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kemaslahatan negara adalah permulaan era baharu yang sangat positif.

2. Persetujuan bersama ini berlaku hanya tiga hari setelah Perdana Menteri menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama rentas parti dan ideologi dalam semangat Keluarga Malaysia.

3. Politik Malaysia tidak boleh lagi dalam takuk yang lama. Paradigma baru dalam amalan demokrasi kita mesti harus lebih luwes, terbuka dan progresif.

4. Prejudis terhadap pembangkang mesti berakhir. Begitu juga persepsi negatif terhadap kerajaan harus berubah.

5. Semua adalah rakan penting dalam kesuburan demokrasi dan tatakelola yang lebih baik.

6. Saya berharap agar langkah besar yang dimulakan oleh Perdana Menteri akan disusuli dengan pelbagai tindakan yang lebih terangkum dari kedua-dua pihak.

7. Malaysia adalah milik semua. Ia tanah air semua untuk semua dan kita mesti bersepakat deminya.

8. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

MOHAMED KHALED NORDIN