Aktiviti & Komuniti

KOPNAS: Program Ziarah Prihatin & Musa’adah Putrajaya

PUTRAJAYA – Berikutan kes pandemik COVID-19 yang masih berlarutan dan ramai komuniti setempat yang terjejas, Koperasi Putrajaya Nasional (KOPNAS) telah mengambil pendekatan untuk turun padang dan menyantuni mereka yang terkesan.

Pengerusi KOPNAS, Dr Tengku Iqbal Munawwir telah melahirkan rasa simpati dan khuatir tentang kes-kes COVID-19 yang masih menular.

Selaras dengan itu, melalui ‘Program Ziarah Prihatin & Musa’adah Putrajaya’ bagi Siri Ke-6, KOPNAS telah melaksanakan sumbangan barangan keperluan harian bagi membantu meringankan beban keluarga yang terkesan.

Semoga dengan usaha murni yang dilaksana ini akan dapat meringankan beban mereka yang menerima bantuan dengan seluruh warga Putrajaya terus berdoa agar COVID-19 diangkat dari muka bumi selain terus mematuhi SOP. – UMNOPutrajaya