Aktiviti & Komuniti

Ketua Kampung Prihatin… Terima Kasih Sediakan ‘Portable Aircond’ Di PPV

PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin berjiwa rakyat, Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selesa melangkau keperluan hinggakan Pusat Pemberian Vaksin yang menjadi tumpuan rakyat turut diutamakan.

Hal tersebut direalitian dengan penyediaan ‘portable aircond’ yang diletakkan di PPV SMK Presint 8 sebagai alat bagi memastikan bukan hanya rakyat yang datang untuk mendapatkan suntikan malah para petugas barisan hadapan yang berada di sini sepanjang hari juga selesa.

Hal tersebut amat dihargai oleh para petugas yang melaksanakan amanah demi kesihatan masyarakat.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan dan Datin Seri kerana telah meminjamkan ‘portable aircond’ untuk keselesaan penerima dan petugas vaksin di PPV SMK Presint 8. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati insan berdua ini,” kata salah seorang diantara mereka yang memberikan kiriman WhatsApp kepada ‘ketua kampung’. – UMNOPutrajaya