Pemuda UMNO Putrajaya Laksana Khidmat Bakti, Jentera Utama Salur Sumbangan Wakil Rakyat
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealisasikan kesungguhan demi khidmat bakti buat rakyat apabila meneruskan sumbangan makanan utama iaitu beras kepada masyarakat.
Sememangnya, keprihatinan Datuk Seri Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ketua kampung’ amat sebati dengan warga Putrajaya malah ia bukanlah sekadar dilaksana ketika rakyat berdepan dengan himpitan COVID-19 malah bantuan dalam pelbagai perkara dibuat sejak beliau menerajui kepimpinan Putrajaya dan ketika UMNO/BN menjadi kerajaan.
Lebih dari itu, tentunya pandemik COVID-19 yang melanda negara turut menjejaskan kehidupan rakyat dan perkara ini sentiasa menjadi keutamaan Datuk Seri Tengku Adnan iaitu mahukan rakyat sentiasa selesa atau sekurang-kurangnya ‘tidak berlapar.’
Datuk Seri Tengku Adnan berharap agar bantuan yang disalur akan mampu menceriakan penerima.
“InsyaAllah, UMNO Putrajaya terus bersama rakyat. Terima kasih Pemuda UMNO Putrajaya terus menjadi jentera bagi mengagihkan beras dan ikan kepada penduduk tempatan.
“Semoga bantuan yang disalur akan dapat mengurangkan beban rakyat,” katanya.
Lantaran itu, bantuan dilaksana secara berperingkat dengan saluran turut disumbangkan ikan kembong kepada penduduk tempatan.
Dalam hal ini, Pemuda UMNO menggalas tugas sebagai jentera utama bagi menjadi menyalurkan sumbangan kepada rakyat.
Mengikut perancangan, seramai 10 ribu penerima bakal menerima bantuan sumbangan ini secara berperingkat terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan B40, asnaf, dan pengundi serta rakyat yang terkesan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.