Berita

Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 15 Okt, Bahagian Serentak 18 Dis, PAU Pada Jan 2022

Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO pada 29 September 2021 antara lain mengambil beberapa ketentuan berikut:-

1. Tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021 adalah seperti berikut:-

i) Persidangan UMNO Cawangan
15 Oktober – 30 November 2021

ii) Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian – Diadakan Serentak Seluruh Negara
11 Disember dan 12 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)

iii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian –
Diadakan Serentak Seluruh Negara
18 Disember 2021 (Sabtu)

iv) Perhimpunan Agung UMNO 2021
13 -15 Januari 2022 (Khamis – Sabtu)

2. Semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah bersetuju mengenai penangguhan Pemilihan Parti UMNO sehingga 29 Disember 2022. Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing. Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minima ¼ daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada ¼ asalkan mengikut SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing.

3. Sempena Sambutan Jubli Intan 75 Tahun UMNO, akan diadakan Majlis Anugerah Tokoh UMNO Negeri-Negeri seperti nama-nama tokoh yang disenaraikan ini:-

i. PERLIS – YBHG DATO’ SERI DR MD ISA BIN SABU
ii. KEDAH – YBHG DATO’ SERI AMAR TAN SRI DATUK SERI (DIRAJA) HAJI OSMAN BIN AROFF
iii. KELANTAN – YBHG TAN SRI DATO’ HAJI HUSSEIN BIN AHMAD
iv. TERENGGANU – YBHG DATO’ HAJI MOHD SALLEH BIN ISMAIL
v. PULAU PINANG – YBHG TAN SRI DATUK SERI DR IBRAHIM BIN SAAD
vi. PERAK – YBHG ORANG KAYA-KAYA SERI AGAR DIRAJA TAN SRI DATO’ SERI RAMLI BIN NGAH TALIB
vii. PAHANG – YH TAN SRI DATO’ SRI SABARUDDIN CHIK
viii. SELANGOR – YBHG TAN SRI DATO’ SRI ONN BIN ISMAIL
ix. WILAYAH PERSEKUTUAN – YBHG DATUK FARIDAH BINTI ABU HASSAN
x. NEGERI SEMBILAN – YBHG TAN SRI DATO’ ABU ZAHAR BIN DATO’ NIKA UJANG
xi. MELAKA – ALLAHYARHAM DATUK SERI ABU ZAHAR BIN HAJI ITHNIN
xii. JOHOR – ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK HAJI MOHAMAD BIN HAJI AZIZ
xiii. SABAH – YBHG TAN SRI HAJI AMPONG PUYON

4. Majlis Kerja Tertinggi UMNO komited mendokong kerajaan yang ada di bawah Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ismail Sabri dengan mengharapkan agar Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta inisiatif membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat keseluruhan rakyat. MKT UMNO juga berharap agar krisis kesihatan dan krisis ekonomi dapat diselesaikan seberapa segera agar rakyat dapat hidup dalam suasana Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan
Setiausaha Agung UMNO Malaysia
30 September 2021