Aktiviti & Komuniti

COVID-19: Kuarantin Di Rumah Dapat Pembelaan, Bantuan Terus Disalur

PUTRAJAYA – Pesakit COVID-19 dan kontak rapat yang menjalani pengawasan dan pemantauan di rumah (HSO) atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM) terus mendapat pembelaan daripada Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selaras dengan idea beliau dalam ikrar memastikan kebajikan dan kesejahteraan komuniti Putrajaya terjamin, beliau telah menyalurkan bantuan dengan pengagihan barangan keperluan asas kepada mereka yang terjejas.

Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya memahami bahawa arahan KKM yang menetapkan supaya pesakit COVID-19 yang bergejala ringan perlu dikuarantin di rumah dan masih tertakluk kepada kemudahan fasiliti untuk mengasingkan diri tetap perlukan sokongan moral khususnya bantuan moral termasuklah sumbangan makanan ekoran mereka tidak dapat keluar.

Justeru, gerakan turun padang melalui jawatankuasa dan juga sukarelawan tempatan sentiasa aktif memastikan mereka yang dikuarantin tidak putus bekalan makanan.

Semoga sumbangan yang diagih akan dapat meringankan beban mereka yang menjadi mangsa wabak terbabit. – UMNOPutrajaya