Isu Semasa

Pulau Batu Puteh: Siapa Berbohong? Kenapa Berbohong?

Satu lagi rasional penubuhan Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh ialah untuk menyiasat kenapa ada pembohongan? Dan apa tujuan berbohong?

Malaysia secara rasmi hantar surat kepada ICJ tarik balik permohonan semakan pada 28 Mei 2018. Tetapi pada 30 Mei 2018 (dua hari selepasnya) Tun M kata dia masih mempertimbangkan semakan.

Itu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia? Lagi pelik, pada 2hb Julai 2019 (setahun selepas) Timbalan Menteri Luar Dato Marzuki Yahya dalam jawapan di Parlimen kata, Malaysia komited teruskan semakan kehakiman. Dalam Parlimen pun berbohong?

Muhyiddin ada dalam Kerajaan PH ketika itu. Apakah dia tidak tahu pembohongan itu? Sebagai orang Johor, apakah dia tidak kesah?

Dr Puad Zarkashi