Isu Semasa

Mana Logiknya… Semua Salah UMNO?

Daripada 4 orang ADUN yang tumbangkan kerajaan Melaka termasuk 2 orang UMNO, seorang dari PPBM-PH dan seorang bekas DAP-PH.

Yang ada meeting rahsia dengan 4 orang ADUN yang tumbangkan ialah ketua PH.

Yang 4 orang ADUN suruh beri peluang untuk ambil alih kerajaan Melaka ialah PH.

Yang mahu jumpa TYT untuk suruh lantik Ketua Menteri baharu dari PH dengan sokongan 4 ADUN tersebut ialah ketua PH Melaka.

Yang bantah pembubaran DUN Melaka dan mahu kerajaan Melaka diserahkan sahaja kepada PH ialah PH.

Yang menerima manfaat terbesar sebab kerajaan UMNO Melaka tumbang ialah PH.

Tapi kenapa pula UMNO yang disalahkan kerana kerajaan Melaka yang diketuai UMNO ditumbangkan?

Korang yang berkomplot untuk tumbangkan kerajaan UMNO Melaka tapi yang disalahkan pula sebab kerajaan UMNO Melaka tumbang ialah UMNO?

Mana logiknya?

NAJIB RAZAK