Tengku Adnan Santuni Komuniti India Menjelang Deepavali
PUTRAJAYA – Keluarga masyarakat India di Putrajaya tidak pernah dilupakan malah Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan mereka dengan cara tersendiri.
Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Datuk Seri Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai ‘ketua kampung’ akan bersama-sama komuniti masyarakat India menjelang Deepavali namun kali ini, lantaran COVID-19 yang masih menular, sumbangan prihatin disampaikan terus ke pintu-pintu rumah mereka.
Penerima sumbangan itu turut menerima barangan keperluan harian yang tentunya akan dapat digunakan sebagai keperluan untuk persediaan menyambut perayaan tersebut. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.