Harmonikan Deepavali Dalam Masyarakat Keluarga Malaysia Dengan Semangat Perpaduan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat meraikan Hari Deepavali kepada kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.
Katanya, sebagai sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk sebagaimana penekanan kerajaan untuk ‘Keluarga Malaysia’ tentunya perayaan ini diraikan bersama-sama tanpa melihat kepada perbezaan bangsa dan budaya.
“Biarpun Deepavali ini adalah untuk penganut Hindu namun setiap bangsa yang ada dalam komuniti kita amat memahami yang tentunya menyemarakkan perayaan ini dalam suasana harmoni, hormat menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang terus lestari,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau yang lebih akrab dengan panggilan ‘ketua kampung’ dikalangan warga tempatan turut menekankan tentang pentingnya terus pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan.
“Jangan kita lupa bahawa pandemik COVID-19 melanda negara kita dan kita masih terus perlu waspada biarpun telah banyak kelonggaran yang boleh dilaksana,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.