Fokus Bersama Rakyat, Teruskan Bantuan Prihatin Demi Kesejahteraan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Kerajaan Malaysia terus komited meneruskan pelbagai bantuan untuk memenuhi keperluan komuniti setempat khususnya mereka yang masih terkesan dengan COVID-19.
Hal ini diaplikasi dengan pemberian bantuan prihatin yang dilaksana melibatkan peranan rakyat setempat termasuk dalam menyalurkan maklumat dan menyampaikan bantuan.
Beliau berkata maklumat daripada rakyat sangat penting dalam memastikan setiap individu yang kesusahan dapat dibantu.
“Peranan setiap individu amat penting agar kita dapat memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah masyarakat selain mengelakkan adanya insan yang terpinggir kerana masalah kekurangan maklumat.”
Justeru katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih dikenali sebagai ‘ketua kampung’, dalam merancang dan melaksanakan bantuan prihatin, perlunya rakyat terlibat bagi mendapatkan maklumat terperinci selain melibatkan peranan penduduk tempatan untuk sama-sama memastikan kesejahteraan terjamin
Dilaporkan kes baharu COVID-19 di negara ini terus merekodkan penurunan iaitu 4,701 kes semalam berbanding 4,922 pada hari sebelumnya.
Bagaimanapun Tengku Adnan terus menyeru rakyat dan komuniti setempat agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Kita perlu terus patuh SOP, sama-sama berjuang melawan COVID-19 dan menghargai jasa petugas barisan hadapan. Saya yakin, insya-Allah kita boleh menang,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.