Aktiviti & Komuniti

Dari Rakyat, Untuk Rakyat, Demi Rakyat … Bantuan Prihatin Diteruskan

PUTRAJAYA – Sifat keprihatinan ‘ketua kampung’ Putrajaya tidak pernah terhenti malah dilaksana berterusan bagi membantu masyarakat dengan mengagihkan barangan bantuan makanan keperluan harian.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan menyedari bahawa memang masih ramai yang terkesan dan ada yang perlu dikuarantin di rumah.

“Saya meneruskan sumbangan prihatin dan insya-Allah kebajikan komuniti Putrajaya sentiasa diutamakan.

“Moga bantuan sumbangan barang-barang keperluan dapur akan dapat meringan beban. Sama-sama terus berdoa untuk COVID-19 bebas dari muka bumi. Teruskan jaga SOP, utamakan kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Antara barangan yang diagihkan kepada masyarakat ialah makanan keperluan asas iaitu beras, minyak, telur, milo, teh, kopi, tepung dan beberapa barangan lain.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat meringankan beban perbelanjaan di samping sebagai sokongan moral bahawa mereka tidak bersendirian dalam mengharungi kesulitan. – UMNOPutrajaya