Klinik Rakyat Ku Nan: Warga Putrajaya Teruja… Terharu Sokongan Pemimpin Berjiwa Rakyat
PUTRAJAYA – Makluman berkaitan sebuah klinik yang bakal dibuka telah menular di sekitar komuniti Putrajaya namun yang membuatkan rakyat teruja adalah kesungguhan Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merialisasikan khidmat dalam pelbagai bentuk termasuk rawatan percuma.
Klinik Rakyat Ku Nan yang bakal di buka di Presint 9 tidak lama lagi adalah antara impian ‘ketua kampung’ berjiwa rakyat dalam memastikan warga Putrajaya dapat menikmati rawatan terbaik secara percuma yang secara keseluruhan kosnya dibiayai oleh beliau sendiri.
Lebih bermakna apabila Klinik Rakyat Ku Nan ini akan dikendalikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir dan adiknya Dr Tengku Muhammad Hafiz yang juga anak-anak kepada Datuk Seri Tengku Adnan selain anak saudaranya, Dr Megat Nubli.
Seorang penduduk tempatan, Siti Rafiah menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan pemimpin yang sentiasa memikirkan khidmat untuk rakyat.
“Harap orang-orang Putrajaya bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Bukan senang nak cari jutawan yang berhati mulia macam Ku Nan anak beranak. Semoga Allah jua yang membalas jasa dan kebaikan mereka,” katanya.
Begitu juga dengan Razak Hussin yang menyambut baik usaha dilaksanakan oleh Datuk Seri Tengku Adnan yang sememangnya amat dikenali sebagai pemimpin dermawan di sini.
“Alhamdulilah, syukur atas kemudahan yang disedia. Muga Allah memberkati usaha ini.”
Selari dengan hal tersebut, Zainab Joned menganggap usaha tersebut terbaik untuk warga tempatan.
“Alhamdulillah … terbaik Ku Nan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat keberkatan serta rezeki kepada Tengku Adnan Tengku Mansor sekeluarga.
Dalam nada yang sama, Samsudin Murad mengalu-alukan usaha yang dibuat kerana ia akan dapat membantu rakyat dalam membelanjakan wang bagi rawatan yang tinggi di klinik swasta.
“Alhamdulillah. Semuga berterusan Ku Nan akan dirahmati Allah SWT. InsyaAllah klinik ini akan dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat mendapatkan rawatan di klinik swasta. Terima kasih ‘ketua kampung’, katanya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.