Perkukuh Akar Umbi, Pemuda UMNO Putrajaya Tekad Teruskan Perjuangan
PUTRAJAYA – UMNO adalah parti yang terus tekad dalam berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.
Lantaran itu, tidak hairan apabila ia menjadi pilihan kepada anak-anak muda sebagai platform dalam meneruskan keampuhan bangsa menjunjung agama dan mendaulatkan negara.
Dalam hal ini, Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Dr Tengku Iqbal Munawwir terus aktif menyantuni anak-anak muda tempatan. Hal ini direalisasikan oleh Naib Ketua Pemuda Bahagiannya, Mohd Zushaidey Zulkifli yang bersama-sama meraikan penubuhan semula Pemuda UMNO Cawangan Iris.
Dalam hal ini beliau mengucap syukur dan tahniah atas kejayaan tersebut.
“Alhamdulillah Pemuda Cawangan (KPC) Iris berjaya ditubuhkan semula mengikut perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. Selamat datang KPC Iris dan pemuda-pemuda Iris dalam keluarga Pemuda UMNO Putrajaya.
“Tahniah buat seluruh jawatankuasa, Ketua Cawangan Iris serta penduduk setempat yang komited untuk meneruskan wadah perjuangan Melayu ini dengan seikhlasnya,” katanya berkaitan hal terbabit.
Dalam hal yang lain, beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada KPC Cengkih yang telah selamat melaksanakan persidangan.
“Tahniah juga buat KPC Cengkih dan jawatankuasa kerana selamat bersidang dengan jayanya juga.
“Selamat berjuang kepada anak-anak muda Putrajaya ini yang sentiasa bersama UMNO dulu kini selamanya.
“Kita pastikan UMNO dan BN terus dekat di hati rakyat dulu kini selamanya. Terima kasih kepada semua pemerhati pemuda yang telah menjalankan tanggungjawab ini bersama para pegawai pengurusan pemuda yang terdiri daripada PSU, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan SUK. Pemuda siap siaga! Gerak Pemuda!” – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.