Isu Semasa

Harga Barang Naik Bukan Salah BN…

Ketua Penerangan parti PPBM/PN merangkap penulis buku manifesto bukan kitab suci keluarkan kenyataan semalam untuk suruh saya jangan tuding jari kepada pihak lain berhubung kenaikan harga barang.

Tapi pihak dia boleh pulak tuduh bahawa kenaikan harga barang adalah disebabkan kemenangan BN.
Ini buktinya:

“28 November 2021: Kemenangan BN pengaruhi kenaikan harga barang?- Armada Johor”
https://www.utusan.com.my/…/kemenangan-bn-pengaruhi…/

Saya balas dengan bukti penuh bahawa kenaikan harga barang hari ini adalah kegagalan dasar-dasar kerajaan PN dahulu termasuk amaran-amaran saya bahawa inflasi akan menjadi masalah besar pada bulan-bulan mendatang sebab ini, dikatakan tuding jari.

Siap dengan cadangan-cadangan serta saranan untuk ambil langkah untuk redakan kenaikan harga yang tidak pernah dilayan kerajaan PN masa itu.

“Jun 2021: Najib jangka inflasi jadi masalah besar pada bulan mendatang”

https://www.sinarharian.com.my/…/Najib-jangka-inflasi…

Saya juga balas dengan fakta bahawa semua menteri-menteri yang jaga ekonomi, kewangan, perdagangan, perladangan dan pertanian yang berkait dengan kenaikan harga barang makanan adalah lantikan PPBM atau dari parti PPBM, dikatakan saya tuding jari.

Tapi parti BERSATU tuduh harga barang naik sebab BN menang PRN Melaka bukan pulak tuding jari ataupun lempar fitnah bodoh?

Lepas itu Wan Saiful kata saya fitnah bahawa PPBM sedang serang PM Ismail dengan propaganda-propaganda mereka.

Sekali lagi, saya sertakan bukti-bukti dari page Otai dikawal PPBM.

Ini bukan pulak bukti bahawa PPBM sedang serang PM Ismail ke?

Cuba komen sikit, Wan Saiful?

Berani serang, berani buat tapi tak berani mengaku pulak tu.

NAJIB RAZAK