Alhamdulillah, Syabas Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Putrajaya Bersidang Lancar
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada anggota Jawatankuasa dan para perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian terbabit yang lancar melaksanakan tanggungjawab dalam persidangan yang berlangsung semalam.
Katanya, kejayaan melaksanakan mesyuarat dalam norma baharu ini adalah bukti kesungguhan ahli-ahli UMNO untuk memastikan parti terbabit terus bangkit dan kembali menjadi teraju pentadbiran negara.
“Terima kasih atas usaha yang dilaksanakan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian. Ini kerana UMNO merupakan parti yang begitu bermakna buat orang Melayu seiring dengan jasanya semenjak kemerdekaan sehingga negara mencapai kemajuan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.
Dalam masa yang sama beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua anggota akar umbi yang telah melaksanakan amanah parti dan mematuhi etika dalam menjayakan persidangan secara bersemuka dan maya.
“Saya berharap agar momentum semangat perjuangan UMNO ini akan dapat terus ditingkatkan bagi kita siap siaga berdepan apa-apa sahaja cabaran termasuk pilihan raya akan datang,” katanya.
Dilaporkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO menetapkan mesyuarat UMNO peringkat Bahagian dilaksana secara serentak di seluruh negara pada 18 Dis hadapan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.