Mesyuarat Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Putrajaya Lancar
PUTRAJAYA – Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang dilaksana di sini semalam berlangsung lancar dalam memenuhi tuntutan parti sebagai ahli yang bertanggungjawab dan bersemangat melaksanakan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Wanita UMNO telah mengadakan persidangannya di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya diikuti oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.
Para perwakilan yang melaksanakan mesyuarat mengadakan perbincangan dengan tertib sebagaimana termaktub dalam etika parti bersesuaian dengan adab Melayu dan teras kesopanan serta kesusilaan.
Lebih membanggakan persidangan bersemarak dengan semangat perjuangan untuk meneruskan kesinambungan parti walaupun kehadiran yang terhad lantaran mematuhi SOP yang ditetapkan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.