Aktiviti & Komuniti

Alhamdulillah… Majlis Tahlil Allahyarhamah Ibu Mertua Ku Nan lancar

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan rasa syukur atas lancarnya majlis tahlil Allahyarhamah ibu mertua beliau malam tadi.

Dalam masa yang sama beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama dalam majlis bacaan tahli terbabit.

“Syukur Alhamdulillah. Selesai dan lancar jamuan makan sempena majlis tahlil Allahyarhamah Bonda Raden Ayu Th Yuningsih. Moga roh arwah Bonda dicucuri rahmat sentiasa.

“Terima kasih pada yang hadir. Moga kita juga sentiasa dalam rahmat Ilahi dan dijauhkan dari bala bencana,” katanya.

Terdahulu, Allahyarhamah ibu mertua beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 12 tengah malam 20 Dis lalu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. – UMNOPutrajaya