Pemuda Putrajaya Pemudahcara Agihan Sumbangan Demi Rakyat
PUTRAJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya meneruskan gerak kerja dengan menjadi pemudah cara dan penyelaras untuk membuat edaran sumbangan bersasar Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ‘ketua kampung’ yang prihatin dengan keperluan masyarakat.
Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan dengan diwakili oleh Tengku Muhmmad Hafiz telah disertai oleh para sukarelawan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang melaksanakan agihan sumbangan sebanyak 5,000 beras dan 2,000 daging burger sejuk beku.
Sememangnya ini adalah antara usaha berterusan Tengku Adnan dalam hasrat memastikan kebajikan warga Putrajaya terbela khususnya mereka yang terjejas ekoran ekonomi rakyat yang terjejas sejak dua tahun kebelakangan ini.
Semoga bantuan yang diberikan akan dapat meringankan beban masyarakat dalam mendepani laluan hidup yang mencabar. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.