Keluarga Besar Putrajaya Sentiasa Dibela, Sumbangan Prihatin Terus Dilaksana
PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib para penduduk yang masih terkesan dengan penularan COVID-19 sehinggakan mengganggu aktiviti seharian khususnya pada mereka yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah akibat jangkitan wabak terbabit, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan sumbangan prihatin barangan keperluan makanan asas.
Sememangnya, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ketua kampung’ amat cakna dengan kebajikan komuniti setempat.
Sifat prihatin Tengku Adnan bukanlah baharu saja atau hanya untuk menyantuni mangsa-mangsa COVID-19 sebaliknya sumbangan prihatin telah menjadi antara keutamaan beliau dalam menyantuni rakyat.
Lebih dari itu, beliau sentiasa menganggap bahawa masyarakat Putrajaya adalah satu keluarga besar yang menjadi tanggungjawabnya untuk dibela.
Melalui sumbangan prihatin tersebut, beliau berharap dengan makanan asas yang diberi akan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan barangan dapur. Antara barangan yang diberikan ialah beras, telur, biskut, tepung, gula, teh, kopi serta beberapa makanan dalam botol dan tin. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.