COVID: Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya Ditutup Sementara
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pejabat Ahli Parlimen Putrajaya telah dinasihatkan oleh KKM untuk tutup sementara waktu disebabkan 2 pekerja di pejabat Ahli Parlimen baru didapati positif Covid-19 dan juga memandangkan kes positif yang semakin tinggi.
Oleh itu, program bantuan ke rumah pesakit Covid-19 turut dihentikan untuk ketika ini. Harap maklum. Terima kasih. – UMNOPutrajaya