Aktiviti & Komuniti

Utamakan Kesihatan, Patuhi SOP… Teruskan Usaha Putuskan COVID-19 – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan komuniti Putrajaya agar tidak sewenang-wenangnya mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan ketika semua pihak berusaha memutuskan rantaian COVID-19

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, orang ramai perlu mengukuhkan langkah pencegahan dan SOP berterusan agar kadar kebolehjangkitan COVID-19 menurun dan keadaan pulih kembali.

Terdahulu, Tengku Adnan yang lebih mesra dikenali sebagai ‘ketua kampung’ hadir ke bangunan Parlimen bagi membuat ujian saringan COVID-19.

Ini berikutan Parlimen Malaysia menetapkan sesi ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan kepada ahli-ahli Parlimen sebelum mula bersidang. Sesi persidangan Dewan Rakyat bakal bermula Isnin ini, 28 Feb hingga 24 Mac. – UMNOPutrajaya