Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Pandu Lalu, Teruskan Sumbangan Prihatin

PUTRAJAYA – Kebajikan dan kesejahteraan warga tempatan terus menjadi keutamaan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan.

Sebagaimana kebiasaan, warga Putrajaya akan menerima sumbangan prihatian dari ‘ketua kampung’ namun lantaran penularan COVID-19 yang kembali meningkat, pelaksanaan penghantaran diaplikasi dengan sumbangan pandu lalu.

Hal ini dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang menjadi pemudahcara dengan menyalurkan sumbangan beras dan daging burger kepada orang ramai.

Semoga sumbangan yang diberikan akan dapat mengurangkan beban perbelanjaan barangan dapur.

Terus amalkan SOP dan penjarakan sosial, dan sama-samalah berdoa agar COVID-19 segera diangkat dari muka bumi. – UMNOPutrajaya