Berita

PRN Johor: Ketua Kampung Turun Padang Bertemu Pengundi

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ‘turun padang’ untuk sama-sama berkempen dalam PRN Johor.

Dalam hal ini, beliau telah memulakan di kawasan Pagoh dan Bandar Muar dengan bergerak sendiri berjumpa dengan beberapa pengundi tempatan.

“Saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Pasir, Daerah Muar, sempadan Daerah Pagoh. Sempat bertemu dengan pengundi DUN Bentayan yang tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan rakyat untuk tidak tertipu dan membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya terbabit.

“Moga rakyat tak tertipu lagi dan buat pilihan yang tepat demi kemajuan masa depan Kita tolak janji-janji palsu & retorik, sokong Ikhtiar BN yang hanya menunggu mandat rakyat untuk dilaksana,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
Untuk rekod, pengundi PRN Johor adalah seramai 2,597,742 orang yang terdiri daripada 2,574,835 pengundi biasa; 10,955 anggota tentera dan pasangan; 11,576 anggota polis dan pasangan termasuk Polis Pasukan Gerakan Am (PGA); dan 376 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Terdahulu, DUN Johor diterajui BN dengan dengan hanya kelebihan satu kerusi iaitu 28 yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu), manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam). – UMNOPutrajaya