Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Terus Cakna, Bantuan Prihatin Putrajaya Dilaksana Secara Pandu Lalu

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam memastikan komuniti setempat mendapat perhatian khususnya kebajikan terbela diteruskan dan kali ini aplikasi pandu lalu dibuat.

Dengan dibantu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang digerakkan oleh Naib Ketuanya, Mohd Zushaidey Zulkifli, 2,000 kampit beras dan 2,000 pek burger daging telah di agihkan hari ini.

“Insya-Allah program bantuan dari Ketua Kampung kita akan diteruskan untuk beberapa minggu ke depan untuk membantu warga Putrajaya yang terjejas oleh kerana pandemik Covid-19.

“Terima kasih kepada Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa prihatin kepada seluruh penduduk Putrajaya.

“Terima kasih juga kepada MKN, IPD Putrajaya yang memantau program ‘drive thru’ ini dan memastikan SOP sentiasa di patuhi,” katanya. – UMNOPutrajaya