Terima Kasih Ayahanda Ku Nan… Pemimpin Islam Berjiwa Besar
PUTRAJAYA – Warga Putrajaya khususnya para qariah dan ahli jawatankuasa surau-surau di sekitar kawasan terbabit merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada pemimpin tempatan, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa memahami dan menyalurkan bantuan kepada para penduduk setempat.
Lebih dari itu, sifat prihatin pemimpin berjiwa rakyat ini melangkau masa dengan persediaan dilaksana menjelang Ramadan iaitu menyalurkan bantuan barangan dan wang tunai kepada 70 buah surau di Putrajaya.
Hal ini dibuat agar persediaan bagi mengimarahkan surau-surau di sekitar Putrajaya dapat dilaksanakan dengan rapi sejak dari awal sebelum Ramadan tiba di samping qariah tempatan dapat melakukan ibadah dengan selesa.
Sehubungan itu, qariah dan pengurusan surau melahirkan rasa terharu dengan ingatan yang dilakukan oleh ‘ketua kampung’ di sini.
“Semoga limpahan pahala buat Ayahanda Ku Nan, pemimpin Islam yang sungguh berjiwa besar dan pemurah,” kata salah seorang sukarelawan yang turut membantu melicinkan penyaluran sumbangan terbabit, semalam.
Beliau berkata demikian mewakili surau-surau di Presint 8 yang antaranya ialah Surau Fasa 4A, Surau Al Mizan, Surau As Safa, Surau Ittifaqiyah, Surau Al-Ghazali, Surau SPAA, Surau Saiyidina Umar Al-Khatab dan Surau As Syifa’. – UMNOPutrajaya