Isu Semasa

Melayu Terpinggi Dalam CEC Dap?

Daripada 10 calon Melayu, hanya seorang sahaja menang pemilihan ahli CEC DAP.

Mereka selalu laungkan bahawa DAP adalah Parti berbilang kaum, tapi hakikatnya kita boleh sedar itu semua hanyalah wayang sahaja.

Ternyata ahli-ahli Melayu terpinggir di dalam DAP. Calon-calon Melayu lain itu pun bukan calang-calang orangnya kalau hendak dibandingkan YB Young Shefura.
Kenapa mereka gagal menempatkan diri menjadi Ahli CEC DAP?

Gobind yang berjaya dapat undi tertinggi pun hanya dapat jawatan Timbalan Pengerusi Kebangsaan. Bagi saya dia sepatutnya menjadi Pengerusi Kebangsaan atau Setiausaha Agung.

Bayangkan kalau DAP kuasai Malaysia?

Bagaimana nasib orang Melayu?

Anda juga sudah merasai bagaimana Lim Guan Eng buat setelah menjadi Menteri Kewangan 22 Bulan. Kejap sahaja jadi, tapi macam-macam dia berjaya buat.

Kita jangan lalai lagi.

Berbeza dengan BN. Terbukti. Semua bangsa mendapat nikmat di Malaysia. Jangan sangkalkan fakta ini. Jika ada yang bidas di komen, itu disebabkan sudah termakan hasutan DAP bahawa mereka tertindas, padahal mereka hidup aman damai dan hidup mewah sahaja akibat kestabilan ekonomi dibawah pemerintahan Kerajaan BN.

Azhari Shaari