Aktiviti & Komuniti

Klinik Rakyat Ku Nan Sedia Khidmat Rawatan, Inspirasi Keprihatinan ‘Ketua Kampung’

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merialisasikan khidmat dengan aplikasi Klinik Rakyat Ku Nan.

Klinik ini telah mula beroperasi dengan sedia memberikan rawatan secara percuma kepada semua pengundi Putrajaya warga emas berusia 50 tahun ke atas.

Klinik tersebut yang terletak di Presint 9, di sini menerima pesakit untuk rawatan setiap hari kecuali Ahad.

Masa operasi yang ditetapkan ialah dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam untuk Isnin hingga Jumaat manakala bagi hari Sabtu bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Klinik Ku Nan ini juga mengenakan caj perubatan yang berpatutan untuk warga Putrajaya termasuklah caj RTK COVID serendah RM50 dan PCR COVID RM150. Apa yang diperlukan untuk pendaftaran adalah dengan memberikan kad pengenalan.

Perkhidmatan ini dibuat untuk mempermudahkan warga Putrajaya mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara cepat dan tanpa bayaran yang akan dapat meringankan beban kewangan.

Apa yang pasti, Klinik Rakyat Ku Nan adalah antara impian ‘ketua kampung’ berjiwa rakyat dalam memastikan warga Putrajaya dapat menikmati rawatan terbaik dengan kos paling minimum yang selebihnya kos dibiayai oleh beliau sendiri. – UMNOPutrajaya