Tradisi Agihan Serunding Diteruskan, Imarahkan Ramadan Bersama Komuniti Putrajaya
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan acara tradisi sempena bulan Ramadan iaitu Program Maidatul Rahman dengan mengagihkan serunding kepada para penduduk setempat.
Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menjadikan acara mengagihkan makanan kepada komuniti setempat sebagai aspirasi untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki selain mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga besar Putrajaya.
“Alhamdulillah. Sewajarnya kita sentiasa meningkatkan kesyukuran dengan nikmat yang diterima dalam keadaan apa-apa juga sekalipun dan agihan serunding yang dibuat ini adalah untuk kita saling menghargai serta berkongsi rezeki di samping meraikan Ramadan bulan mulia.
“Program ini juga penting untuk kita semua mengeratkan hubungan silaturrahim warga Putrajaya serta dapat menyemarakkan amalan bantu membantu dan bersedekah pada bulan mulia ini,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menyalurkan sumbangan serta merealisasikan impian dalam agihan sumbangan tersebut.
Ujarnya, biarpun ia bukanlah satu pemberian yang besar nilainya namun diharap akan dapat menceriakan penerima dan sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan dengan tekad meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.