Aktiviti & Komuniti

Imarahkan Ramadan, Tengku Adnan Bersama Komuniti Putrajaya

PUTRAJAYA – Kemeriahan Ramadan terus dirai dengan semangat silaturrahim yang erat dalam komuniti Putrajaya.

Hal ini sentiasa menjadi penekanan kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa mengaplkasi semangat kekeluargaan dalam komuniti setempat lantaran dirinya sebagai ‘ketua kampung’ dalam keluarga besar di sini.

Terdahulu, beliau bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki melahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama mengimarahkan bulan mulia Ramadan dengan program Maidatul Rahman.

“Hari ini saya dapat bersama-sama qariah Surau Al-Muttaqim P5R mengimarahkan Program Maidatul Rahman yang menjadi tradisi keluarga besar Putrajaya iaitu majlis berbuka puasa bersama penduduk dan komuniti setempat.

“KemudiaN saya telah berterawih di Surau Istiqamah P18R. Alhamdulillah kerana diberikan ruang dan kesihatan untuk terus bersama masyarakat setempat,” katanya. – UMNOPutrajaya