Isu Semasa

Bulan Ramadan… Tapi Ceritanya…

Bulan Ramadan ini, nak cerita biar cerita penuh.

Tengok tarikh.

1 April 2022 – Rafizi cabar Najib debat.
2 April 2022 – Najib sahut cabaran debat tapi ajak Anwar bersama.
3 April 2022: (hari pertama Ramadan) – Anwar bersetuju debat,
6 April 2022: Anwar kata ‘Waktu sesuai sedang diatur dengan Najib’

Lepas itu, pertemuan bersama pembantu saya dan Isham Jalil dengan wakil kamu Fahmi Fadzil, dan ini yang berlaku.

“Saya ada jumpa YB (Yang Berhormat) Fahmi Fadzil minggu lepas untuk bincang berkenaan debat Najib-Anwar. Dalam perjumpaan itu, dia setuju untuk buat debat selepas raya, dan dia kata minggu kedua atau ketiga pun sesuai.” kata Isham.

“Namun semalam dia kata kepada media bahawa dia dan PKR tidak setuju pula debat selepas raya. Apa punya pusing orang PKR ini. Bulan puasa pun nak sembang. Bulan-bulan puasa ni tak baik menipu, YB,”

“Debat Anwar-Najib: ‘Apa punya pusing orang PKR’ – Isham”
https://malaysiapost.com.my/…/debat-anwar-najib-apa…/

Lalu, geng PKR dan Anwar pula tuduh saya yang cabar debat bulan Ramadan padahal yang mula cabar ialah geng kamu Rafizi dan geng kamu Fadhmi juga yang kata masa paling sesuai debat ialah selepas Ramadan dari segi pengaturan masa, slot masa TV dan demi menghormati bulan Ramadan.

Yang cabar, korang.
Yang sahut, Najib.
Yang bersetuju lepas puasa, korang.
Yang tuduh kononnya Najib tak berani, korang juga?

Saya langsung tak takut.
Saya beri jaminan saya akan debat Anwar berhubung isu Sapura Energy.

Ini jaminan saya dan saya akan tunaikan.
Sebab saya bukan puak manifesto bukan kitab suci.

Najib Razak