Aktiviti & Komuniti

Ketua Kampung Buka Puasa, Solat Terawih Bersama Keluarga Besar Putrajaya, Sumbang Sanitizer

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama penduduk dalam Program Maidatul Rahman yang mengimarahkan Ramadan dengan berbuka puasa di Surau Al-Insaniah Fasa 2, P9.

Sememangnya telah menjadi rutin kepada beliau yang juga Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya untuk berbuka puasa beramai-ramai malah menganggap bahawa komuniti Putrajaya adalah satu keluarga besar kepada beliau.

Selepas berbuka puasa, Tengku Adnan yang turut disertai isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki turut menunaikan solat maghrib berjemaah di surau berkenaan.

Kemudiannya, beliau telah menunaikan Solat Isyak dan berterawih di Surau Al Muhajirin P9.

Beliau turut menyampaikan sumbangan sanitizer kepada surau berkaitan bagi kegunaan jemaah sebagai antara usaha membendung penularan penyakit berjangkit bawaan udara tercemar, malah keutamaan kepada kebersihan dan kesejahteraan sentiasa dipertingkat. – UMNOPutrajaya