Puteri UMNO Putrajaya Raikan Wanita Muda Dalam Program Iftar & Rahmat Ramadan
PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Jumaitul Laily Zakiah Ismail sentiasa proaktif khususnya dalam menggalakkan uasaha wanita muda untuk bergiat aktif dalam duania perniagaan dan perusahaan.
Mengambil keberkatan Ramadan, satu program berbuka puasa dan berkongsi rezki bersama 100 wanita muda Putrajaya yang ramai anak, wanita muda B40, Ibu tunggal, wanita muda OKU dan wanita muda anak yatim telah dilaksana.
Lebih bermakna, kebersamaan wanita muda pelbagai latar belakang ini mendapat tajaan oleh
Kasturi Aafiyah di Karyabhara The Hipster Cafe, Menara Perkeso Putrajaya semalam.
Pembukaan majlis berkenaan telah dilaksanakan oleh Ustaz Manih yang kemudiannya disusuli penerangan berkenaan produk Kasturi Aafiyah.
Dalam hal ini, Jumaitul Laily Zakiah melahirkan kesyukuran dengan pengaplikasian program tersebut yang secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan kebersamaan dalam kalangan wanita muda khususnya dalam sokongan moral untuk meneruskan kehidupan.
“Insya-Allah, Puteri UMNO Putrajaya akan terus berusaha dengan istiqomah dalam membantu dan menjaga kebajikan wanita muda Putrajaya semampu yang boleh,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penaja dan berterima kasih kepada anggota AJK dan semua pihak yang sama-sama berusaha menggembling tenaga merealisasikan program ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.