Aktiviti & Komuniti

Salam Nuzul Al-Quran, ‘Ketua Kampung’ Ajak Hayati Al-Quran

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Salam Nuzul al-Quran kepada umat Islam khususnya para penduduk Putrajaya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua untuk membaca dan menghayati kandungan al-Quran dan semoga ia akan memberi syafaat di dunia hingga akhirat.

Dalam hal ini, beliau juga melahirkan kesyukuran kerana tahun ini Ramadan tidak lagi seperti dua tahun terdahulu apabila
rakyat terpaksa berkurung di rumah akibat pandemic COVID-19.

“Syukur Alhamdulillah kerana kini kita sudah berada di Fasa Peralihan Endemik yang membolehkan kita untuk mengimarahkan surau dan berjemaah bersama-sama,” katanya.

Dilaporkan Nuzul al-Quran adalah peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW iaitu, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah. – UMNOPutrajaya