Berita

Sumbangan RM60 Ribu Naik Taraf Surau Al-Raudhah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Asnan Tengku Mansor hari ini telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM60 ribu bagi menaiktaraf Surau Al-Raudhah, P16 di sini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dalam Program Maidatul Rahman iaitu acara tradisi bagi komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan.

Tengku Adnan yang sentiasa prihatin dan cakna dengan keperluan para penduduk setempat telah meluangkan masa dengan berbuka puasa bersama Jemaah setempat dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah di sini.

Turut disumbangkan oleh Tengku Adnan ialah sistem sanitizer yang akan diaplikasi sebaiknya untuk para Jemaah di surau berkaitan.

Semoga sumbangan yang diberikan akan dapat memberikan keselesaan kepada komuniti setempat. – UMNOPutrajaya