Aktiviti & Komuniti

Bingkisan Juadah Berbuka: Tengku Adnan & Pemuda UMNO Putrajaya Agih Nasi Briyani

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini telah turun padang bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO bahagian terbabit untuk membuat agihan nasi briyani sebagai juadah berbuka puasa.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dengan ceria menyantuni warga tempatan di Presint 9 sambil menghulurkan bungkusan nasi briyani.

Sebanyak 1,000 pek bungkusan diberikan kepada orang ramai di sekitar Fasa 1, 2, 3 dan 4 di sini.

Semoga sumbangan yang diberikan akan mampu menceriakan dan menambah juadah dalam hidangan berbuka puasa hari ini. – UMNOPutrajaya