Imarahkan Ramadan, Tingkatkan Amalan Bersama Jayakan Program Ihya Ramadan
PUTRAJAYA – Tempuhi bulan Ramadan tahun ini dengan penuh kesyukuran selepas dua tahun sebelum ini negara dilanda pandemik COVID-19 hingga menjejaskan kehidupan rakyat.
Dalam hal ini, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak komuniti setempat untuk melahirkan rasa syukur dan menghargai setiap nikmat yang Allah SWT kurniakan malah mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata dmeikian dalam ucapan pendek semasa merasmikan program Khatam al-Quran dan Jelajah Ihya Ramadan di Surau Al-Aziz Presint 11, PRIMA Putrajaya, petang tadi.
Dalam masa yang sama, Tengku Adnan yang lebih akrab dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ turut sama menyeru agar terus istiqomah dalam membuat kebaikan.
Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti dan Majlis Belia Putrajaya ini melaksanakan pengisian melalui Program Jelajah Ihya Ramadan dengan berbuka puasa, solat Maghrib bersama-sama masyarakat Presint 11 serta mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal.
Semoga kebersamaan keluarga besar Putrajaya dalam melaksanakan amal kebaikan akan diredhai Allah SWT. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.