Aktiviti & Komuniti

Prihatin Keperluan Rakyat, Sumbangan Sanitizer Untuk Langkah Keselamatan

PUTRAJAYA – Pemimpin berjiwa rakyat sentiasa cakna dengan keperluan masyarakat dan penduduk setempat sebagaimana Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa mahukan kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat menjadi agenda utama.

Dalam hal ini, beliau selaku Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan berbesar hati menyumbangkan sanitizer untuk kegunaan para Jemaah surau Al-Najihin P15.

Simbolik penyerahan telah dilakukan secara santai oleh Tengku Adnan kepada surau terbabit.

Sebelum itu, beliau turut bersama-sama menunaikan solat terawih bersama para Jemaah tempatan. – UMNOPutrajaya