Aktiviti & Komuniti

Majlis Tadarus & Khatam Quran Perdana Anjuran Wanita UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Pengisian program Ramadan diaplikasi dengan acara kerohanian sebagaimana Wanita UMNO Putrajaya mengembalikan acara tradisi dengan Program Tadarus dan Khatam Quran Perdana.

Majlis Bertadarus dan Khatam Quran Perdana ini dilaksana sempena mengimarahkan bulan Ramadan bagi tahun 1443H/2022M dengan dianjurkan oleh Wanita UMNO Putrajaya bertempat di Masjid Putra, hari ini.

Lebih bermakna apabila, hadir pada majlis tersebut ialah isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang turut sama bertadarus dan memeriahkan majlis.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang turut serta selepas sebelum ini tidak ada sebarang acara sedemikian berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu. – UMNOPutrajaya