Maidatul Rahman Terus Dirai, Ruang Eratkan Silaturrahim Komuniti Putrajaya
PUTRAJAYA – Ramadan disambut penuh ceria, dimeriahkan dengan mengimarahkan surau-surau dan masjid bersama-sama setelah lebih dua tahun ‘sunyi’ akibat pandemic COVID-19.
Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen tempatan yang lebih akrab disebut ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan hasrat beliau melalui program Maidatul Rahman.
Program yang berkonsepkan kebersamaan dalam meraikan Bulan Ramadan di samping berbuka puasa beramai-ramai menjadi ruang terbaik bagi Tengku Adnan dan keluarga besar Putrajaya untuk mengeratkan silaturrahim.
Saban hari beliau akan meluangkan masa untuk meraikan para Jemaah tempatan di surau-surau sekitar Putrajaya yang akan diakhiri dengan terawih dan moreh di surau yang lain.
Semalam, beliau Raikan di Surau saidina Othman Fasa 6 P9, berbuka puasa bersama komuniti setempat dan telah sumbangkan sistem sanitizer untuk kegunaan jemaah surau.
Kemudian beliau berterawih dan moreh dengan kominiti Jemaah di Surau Abu Bakar As-Sidik Fasa 5 P9.
Dalam masa yang sama beliau menyeru semua warga Islam di Putrajaya agar terus menjadikan bulan Ramadan sebagai waktu bermanfaat untuk meningkatkan ibadah.
“Inilah masa terbaik untuk kita beribadah dan mengabdikan diri kita kepada-Nya dengan sebaik-baiknya,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.