Aktiviti & KomunitiBerita

Selamat Hari Raya, Moga Dapat Raikan Aidilfiri Sebaik Mungkin – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli UMNO di Putrajaya.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, dalam kesempatan Aidillfitri ini, beliau turut mengambil memohon maaf kepada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin atas kesilapan kepada saudara-saudari sekalian.

“Saya mendoakan saudara-saudari sekalian dapat menyambut Aidilfitri ini dengan sebaik mungkin,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam masa yang sama, beliau berpesan kepada mana-mana yang pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri agar memastikan rumah yang ditinggalkan bertutup rapat dan selamat.

“Pastikanlah rumah yang ditinggalkan di bandar ini bertutup rapat dan maklumkan kepada jiran tetangga bahawa tidak ada di rumah,” katanya lagi.

Terdahulu, kerajaan membenarkan rakyat meraikan Aidilfitri selepas dua tahun kawalan pergerakan dilaksanakan akibat wabak COVID-19, malah peralihan ke Fasa Endemik bermula 1 April lalu menyaksikan lebih banyak kelonggaran. – UMNOPutrajaya