Raikan Aidilfitri, ‘Ketua Kampung’ Pesan Teruskan Jaga Kesihatan, Keselamatan
PUTRAJAYA – Bulan Syawal masih diraikan dengan jemputan rumah terbuka Aidilfitri dilaksana sebagaimana Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 yang mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka.
Sehubungan itu, kemeriahan dapat dirasai dengan kehadiran para penduduk setempat dan pemimpin termasuklah ketua kampong, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, walaupun meraikan kemeriahan hari raya namun kesihatan dan keselamatan mesti terus dilaksana.
“Bersama keluarga besar di Flat Putra Harmoni P9, Putrajaya dalam jamuan hari raya. Kita raikan dengan penuh kesyukuran setelah 2 tahun tak dapat bersama kerana COVID. Alhamdulillah. Teruskan jaga kesihatan dan keselamatan,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan selamat Hari Guru bersempena sambutan Hari Guru pada setiap 16 Mei.
“Hari ini juga adalah Hari Guru. Selamat Hari Guru warga pendidik. Curahan ilmu yg diberi tanpa sempadan termasuklah ketika pdpr sebelum ini. Terima kasih cikgu-cikgu semua kerana memandaikan bangsa. Moga Allah SWT terus berkati segala yang kita lakukan,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya