Isu Semasa

PINDA PERLEMBAGAAN BUKAN BERMAKSUD TAK HORMAT

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mendakwa bahawa UMNO tidak hormat perlembagaan sendiri dengan memindanya bagi menangguhkan pemilihan parti.

Saya tak merasakan UMNO perlu menjustifikasi tindakan dalaman kepada parti saingan.

Tetapi disebabkan yang bersuara kali ini juga bekas Presiden UMNO, mungkin ada baiknya saya ingatkan:

– Ini bukan kali pertama pindaan perlembagaan UMNO telah dilakukan. Semenjak 1987 hingga kini, pindaan perlembagaan berkaitan pemilihan parti telah dilakukan tiga kali.

– Tahun 1987, ketika Tun menjadi Presiden UMNO, sistem 10 undi bonus bagi setiap pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diperkenalkan.
Adakah bermaksud kepimpinan waktu itu tak hormat perlembagaan parti?

– Tahun 1998, masih lagi Tun sebagai Presiden, sistem kuota pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi parti diperkenalkan.

Adakah bermaksud kepimpinan waktu itu tak hormat perlembagaan parti?

Alang-alang bercakap pindaan perlembagaan, elok juga kita lihat pindaan Perlembagaan Persekutuan juga.

– Kali pertama Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 23 kali. Termasuk tahun 1988 di mana terjadinya krisis perlembagaan.

– Kali kedua Tun menjadi Perdana Menteri, perlembagaan dipinda 1 kali.

Adakah ini juga bermaksud tak hormat perlembagaan negara sendiri?

Sudah tentu jawapan kepada semua diatas: tidak.

Perlembagaan sesebuah organisasi dipinda mengikut kesesuaian sesuatu waktu. Dan boleh/akan dipinda lagi dari masa ke semasa, selagi tidak lari dari semangat dan roh perjuangan parti itu.

Akhir kalam, lebih baik pinda perlembagaan parti berbanding berpindah parti berkali-kali.

#SambungYangTergendala

SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan UMNO