Aktiviti & Komuniti

Meriahnya Karnival Ketua Kampung Putrajaya & Sambutan Hari Raya Aidilfitri

PUTRAJAYA – Meriahnya suasana di Kompleks Futsal Presint 18 hari ini yang menjadi lokasi kepada Karnival Ketua Kampung Putrajaya dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022.

Bermula seawal 8.00 pagi, pekarangan kawasan terbabit telah dipenuhi komuniti Putrajaya yang menyemarakkan kebersamaan bersama ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Lebih menarik pelbagai acara turut dipertandingkan melibatkan antaranya pertandingan solekan, pertandingan memasak selain acara sukan yang turut dilaksana dalam perlawanan serta penglibatan anak-anak dalam pertandingan mewarna.

Acara kemuncak yang tentunya menjadi dambaan bagi setiap warga Keluarga Putrajaya yang hadir adalah memenangi hadiah cabutan bertuah dengan pelbagai barangan elektrik di samping hadiah utama iaitu sebuah kereta selain motorsikal dan basikal.

Tentunya carnival terbabit amat dinantikan setelah lebih dua tahun rakyat terkurung akibat pandemic serta suasana ekonomi yang merudum. Tahniah komuniti Putrajaya yang mengembalikan kemeriahan warganya. – UMNOPutrajaya