Aktiviti & Komuniti

1,000 Anak-anak Putrajaya Bakal Manfaatkan Program Gunting Rambut Percuma

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan di Dewan Komuniti 18R13, Presint 18.

Dalam acara pagi ini lebih 300 anak-anak Putrajaya hadir untuk mendapatkan khidmat gunting rambut percuma malah dijangkakan lebih 1,000 anak-anak tempatan bakal dapat manfaat daripada program terbabit.

Program yang diadakan secara ‘walk-in’ bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Namun demikian ia akan berhenti rehat pada pukul 12.30 – 2.30 petang bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Semoga program tersebut terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat. – UMNOPutrajaya